klik PTPTN saya =)

Jumaat, 11 Mac 2011

TULISAN KAMOO?? APA RAHSIANYA??

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA!!

Hari nie adalah hari permulaan cuti sekolah bagi negeri2 selain negeri2 timur dan utara..So,Sofa di sini nak ucapkan SELAMAT BERCUTI kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya pelajar2 sekolah...tapi,,Sofa belum cuti lagi..Ada kelas sampai hari isnin..So Sofa xdapat la balik kampung kat Baling,Kedah!! huhu..

Start cerita Sofa kali nie,siapa suka menulis,angkat jari!! suka menulis ke x,Sofa yakin setiap hari korang menulis..xkire la korang tulis xsampai 2 saat,,yang penting korang mesti tulis setiap hari..Tapi,tahu x tulisan melambangkan diri kita..? Yang tahu tu TAHNIAH!! yang xtahu tu pon sofa nak ucap TAHNIAH sebab korang da tahu sekarang..hehe..Sooo,jom start,..



Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulatSemua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leperTulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Zi. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

DonE Meyh!!


Tiada ulasan: