klik PTPTN saya =)

Khamis, 28 Julai 2011

DAH NAK RAMADHAN? SEKEJAPNYE..



Sedar tak sedar,kita dah nak menyambut bulan Ramadhan kan? Waahh.. Tak sabar nak sambut ramadhan nih.. Bagi Sofa la kan,bulan ramadhan buatkan hati Sofa sejuk je.. Korang rasa tak? Sesiapa yang ada kedai makan tuh,jangan la bukak siang2 ari.. Da nama pon bulan ramadhan kan.. Paling penting,yang Islam tuh jangan lupalah puasa.. Jangan la tiba2 makan dan minum di siang hari.. Kalau budak kecik takpe la jugak..Nih budak tua!! Da besar2 pon tak puasa gak.. Kalau perempuan Sofa faham la kenapa mereka ada yang tak puasa..Nih lelaki,jangan cari alasan ok.. Yang ada masalah dengan rokok pulak,jangan nak rokok siang hari k.. Tahan laa.. Satu latihan untuk orang merokok untuk berhenti merokok..Waahh! Peluang Keemasan Tuh!!

Bila Puasa eak?
InsyaAllah 1/8/2011,hari isnin kita berpuasa

Bila nak tengok anak bulan?
InsyaAllah ahad ini,bersamaan 29 shaaban 1432 hijrah

Apa kelebihan bulan ramadhan nih?


  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.         



    • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
    • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
    • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
    • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
    • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
    ~tue antaranya laa~

    Niat Puasa?

    (lafaz niat untuk harian *klik utk tumbesaran*)

    Ok.. Sofa pulak tanya korang.. Dah ganti puasa belum.. Da nak puasa dah nih.. Baik ganti cepat.. Ada lagi beberapa hari je lagi.. Kalau tak cukup nak ganti,nampak nye kena bayar la ye..

    APA2 PON.. SELAMAT BERPUASA!! ;)


    Tiada ulasan: