klik PTPTN saya =)

Jumaat, 17 Februari 2012

Cantik Dengan Coklat! Woww!




Siapa tak suka makan coklat?




 Kalau tak suka makan coklat,korang kena suka baca entry sofa kali nih..Yang suka sangat sangat sangat pon korang kena baca entry nih sebab ade berita baik untuk penggemar coklat..! (yeyy!!) Tapi kan,,nih entry khas untuk kaum perempuan je..Nama pon "cantik" tak kan untuk lelaki kot..hee~ :P

Macam korang tau sebelum nih,Sofa ade post entry pasal coklat.. Klik SINI !! Yang nih Sofa post entry pasal coklat jugak tapi tak sama dengan post sofa yang dulu okaii! Coklat memang enak dimakan dan banyak kebaikannya,tapi korang tau tak yang coklat nih boleh menambahkan kecantikan diri? Kalau tak tau,nih Sofa nak share..

Coklat nih berfungsi untuk 



1)menjaga kelembutan kulit. 
2)Kulit sentiasa lembap dan segar. 
3)Menegang dan menghaluskan kulit. 
4)Melambatkan proses penuaan pada kulit. 
5)Mencegah kedutan pada wajah.

 Pelembut Kulit
Kandungan utama yang terdapat dalam coklat iaitu mentega serta koko mampu menjadikan kulit lebih halus, lembut dan tampak segar sentiasa. Bukan itu sahaja,ia ternyata bahan kecantikan yang sangat baik dan banyak digunakan dalam rawatan penjagaan kecantikan untuk melembapkan kulit kerana ia ialah pelembap semula jadi yang luar biasa hingga menjadikan kulit korang sentiasa lembut.
Melambatkan Kedutan

Antioksidan yang terdapat dalam coklat membantu untuk mengelak dan mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel-sel kulit.Bukan itu sahaja, kandungan catechin merupakan antioksidan kuat yang dapat mencegah penuaan. Ternyata coklat mampu mencegah kedutan,melindungi kulit serta menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.

Mengurangkan Parut
Lemak coklat atau cocoa butter yang terkandung dalam coklat mempunyai keupayaan untuk mengurangkan garis-garis halus,mengurangkan bekas parut dan stretch mark.

 Jadi,tak yah la susah2 nak pergi habiskan duit yang banyak untuk kecantikan diri.. 
Kan Kan Kan?? 

Dari hati ke jari: penggunaan "aku" ke nama "sofa" hari nih..Sengaje diubah..hee~;)

3 ulasan:

syasyajohan berkata...

oh ye?ada pulak yang kate coklat punca jerawat.buat tensen je.haha

Scyha Lutfi berkata...

abes boikot tk coklat skng nh? haha

Lizzie Yasmin berkata...

nampaknya fungsi coklat bukan lagi untuk makan, tp untuk scrub.. baru manfaat di atas berkesan. :D