klik PTPTN saya =)

Isnin, 28 Mei 2012

Solat Istikharah Jalan Penyelesaian (Y)




Bukan namanya hidup kalau tiada masalah yang melanda.. Seperti aku yang sedang dilanda masalah 'pemilihan'.. Mana yang patut aku 'go' untuk sambung belajar.. Memanglah mana saja tempat yang akan sambung belajar tu sama je.. Yang sama tu la yang pening nak buat keputusan.. Ok sekarang aku masuk form 6.. Pastu aku dapat tawaran KPTM (kolej poly-tech mara) pulak.. Politeknik dengan U second intake tak keluar lagi.. Jadi mana satu nak pergi.. Tanya orang,tak semua orang mempunyai pendapat yang sama.. Tanya kaunselor,tak semua kaunselor bagi pendapat yang sama.. Makin pening kan? Tapi sebenarnya ada kebaikan tanya orang,tanya kaunselor.. TAK SALAH pon la haiii! Sekurang2nya boleh bantu kurangkan sikit beban kat kepala.. Tapi kena la ingat bahawasanya masih ada lagi beban kat kepala tu,,jadi solat istikharah itu lebih baik..!

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat,dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
[2:45]

Apa itu solat istikharah?

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.

Solat istikharah ini dua rakaat..

*credit to http://www.silampuneon.com/2011/10/cara-buat-solat-istikharah.html*

Doa istikharah 

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

(***) -> sebutkan namanya

*credit to http://www.silampuneon.com/2011/10/cara-buat-solat-istikharah.html*

Semoga aku dapatlah petunjuk daripada Allah.. Yang penting,sabar~  :)

^-^

Tiada ulasan: