klik PTPTN saya =)

Isnin, 20 Mei 2013

Al kisah sebelum cuti sem :)

Kisah sebelum cuti sem. Takde gempaknya. Semua pelajar nak cuti sem,tapi sebelum cuti sem mestilah WAJIB menghadapi final exam.. Bila diimbas kembali,sangat sangat sangat busy sebelum cuti sem.. Dengan assignment,dengan report.. Dah nak akhir sem pun ada assignment.. Kadang2 aku pun nak marah.. Sebab kalau dah sibuk buat assignment bilanya nak study.. Tapi tak boleh la salahkan lecturer.. Mungkin ada sebab lecturer bagi assignment lambat.. Kita sebagai pelajar pun tak boleh mengeluh.. Mana tahu dengan assignment yang kita buat tu dapat tambahkan markah kita *nasihat untuk diri sendiri jugak.

Bila dah settle semua assignment, lega kejap.. Kejap je.. Lepas tu,pening balik sebab study,. Aku balik rumah aku di Kota Tinggi Johor.. Yup aku study.. Tapi study subjek yang sama.. Sampailah aku dah balik rumah sewa kat PD.. Aku study subjek yang sama.. Bila ada orang tanya aku tengah study apa,aku jawab subjek yang sama.. Sem 2 nih aku ada 6 subjek yang penting.. Bukan semua subjek aku pandai.. Sebab tak pandai tu lah aku cuba memahami topik2 setiap subjek tu.. Orang kata, kena study smart not study hard. Tapi aku study hard.. Tidur pukul 5 / 6 pagi sebab study.. Maybe ini lumrah kehidupan sebagai pelajar.. dari sem 1 kot aku study sampai lewat malam.. Tapi sampai pukul 3 je la.. 


Nak jawab exam, alhamdulillah berjalan dengan lancar.. Cuma,,,ada satu subjek,aku rasa nak pengsan..(berjalan lancar ke tu??) Bukan sebab susah nak jawab,. Mungkin aku penat.. Setiap hari aku tidur lambat.. Tak jaga kesihatan,tak jaga pemakanan.. Sebelum jawab exam tu, kawan2 aku cakap muka aku pucat.. Bila sedang jawab exam, ya aku rasa pening,nak muntah dan terasa badan aku lemah.. Balik exam terus aku tidur walaupun masa tu tengah lapar.. Kesian kawan aku Aini terpaksa tunggu aku makan sampai aku bangun.. *konklusinya,study2 jugak,kena jaga kesihatan,nasihat untuk diri sendiri :F*

Hey tapi ada satu hari tu aku pergi berjogging ! Thanks kepada kawan baru aku nih sebab tunjukkan tempat yang menarik di area berdekatan poli.. *menarik kee? :D


Hah tak nampak muka kan.. Dah habis sem dah dia.. Untunglah kan..

Tau tak aku pergi mana? Tak tau kann.. Aku pergi Rumah Api Tanjung Tuan ! Penat tak penat mendaki.. Aku yang kurus nih makin kurus.. aiyaa ! 




Thanks kepada camera360.. Download je kat playstore korang tu.. *nampak tak promote dia tuu

Bila dah habis exam barulah tenang di hati ! Mengemas bukan main.. Macam nak pindah rumah.. Eah memang nak pindah rumah pun.. Tapi agak pelik sebab kawan2 aku terkejut tengok aku bawa balik barang untuk cuti sem hanya sedikit..? Eah sikit ke tu? Dengan barang ada 2 beg, 1 beg jalan2 dan helmet.. ahh whatever ! 

Sekarang cuti sem,aku kerja ke.. Kerja membosarkan badan ado la.. Sebab tu aku dapat 'buang habuk' kat blog aku nih.. Dapatlah update..

Lagi beberapa hari je result nak keluar.. Semoga apa yang aku usahakan dapatlah hasilnya.. InsyaAllah.. Doakan ye !

^-^



Tiada ulasan: