klik PTPTN saya =)

Sabtu, 19 Mac 2011

JADIKAN MUZIK SATU TERAPI??

Assalamualaikum..

Sofa hari nie nak share info dengan korang.. Sofa yakin semua orang pernah mengalami stress or tension? Tak kiralah stress or tension sebab apa.. Tapi tahukah korang,muzik BOLEH MENJADI salah satu terapi untuk menghilangkan stress dan tension??
1.KURANGKAN TEKANAN
*Lakukan selama 20 minit dengan mendengar muzik kesukaan korang. Berbaring dalam keadaan selesa di lantai atau sofa(bukan saya =P). Apabila korang menggunakan fon telinga,pastikan korang fokus dan elakkan daripada sebarang gangguan.

2.PILIHAN MUZIK
*Pilihlah muzik yang mempunyai irama perlahan,lebih perlahan daripada denyutan jantung.

3.TUMPUAN PADA MUZIK
*Ketika korang memutarkan muzik,pastikan tekanan korang berlalu pergi. Tumpukan fikiran,tarik nafas dalam-dalam,perlahan dan teratur.Konsentrasi pada muzik akan membuat korang lebih relax dan sempurna.

4.BILA HADAPI TEKANAN
*Apabila ada masalah,carilah muzik yang popular. Contohnya muzik kegemaran semasa kanak-kanak kerana ia boleh menimbulkan ketenangan. Apabila korang penat bekerja / belajar seharian,pilihlah muzik yang rancak.

5.BERJALAN-JALAN
*Cubalah berjalan-jalan sambil mendengar muzik kegemaran. Tarik dan hembus naas sesuai dengan irama muzik. Kombinasi antara berjalan cepat,imaginasi dan muzik adalah penghilang stress yang sangat baik.

6.BERIMAGINASI
*Ketika korang mendengar muzik,cubalah berimaginasi. Contohnya,membayangkan korang sedang berbaring di atas pasir pantai atau di bawah pohon yang rendang,taman-taman yang indah sambil dihembus angin yang mendamaikan.

+++Sofa bagi korang HASIL PENELITIAN MEMBUKTIKAN (MUZIK)+++


1.MENGURANGKAN RASA SAKIT
*Penelitian yang dilakukan dari Tufts-New England Medical Center mendapati muzik boleh memberi kesan menenangkan dan mengalihkan perhatian daripada rasa sakit.

2. MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN
*Hasil penelitian di Fairleigh Dickinson University Teaneck,New Jersey yang meneliti 2 kelompok yang mengalami masalah obesiti dengan mengikuti program diet dan bersenam berjalan kaki tiga kali seminggu.Kumpulan pertama yang mendengar muzik kegemaran telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8kg dan lemak berkurangan 4%. Berbanding dengan kumpulan 2 tidak mendengar muzik hanya turun 4kg dan lemak berkurangan sebanyak 2% sahaja.

3.MENGATASI MASALAH TIDUR
*Hasil penelitian dari University of Miami School of Medicine,Florida mendapati mendengar muzik boleh meningkatkan melatonin yang menimbulkan rasa tenang.


So,dah dapat info,Sofa ucap TAHNIAH untuk korang.. Harap2 korang cubalah..

Tiada ulasan: