klik PTPTN saya =)

Selasa, 26 Jun 2012

Berlagak? Tak Payah Lah Macam Tu Sekali !





Dua hari dah aku teringat pasal 'seseorang' yang aku kenali yang mempunyai penyakit tahap hampir kritikal.. Penyakit yang tak perlu makan ubat cuma makan nasihat je.. Boleh ke dia makan nasihat tu? Apa penyakit dia? Tengok tajuk entry nih.. YA! BERLAGAK! Dan kenapa aku masih teringat pasal tu.. Tak perlu kot.. Tapi masalahnya aku masih teringat.. Maybe kena tumbuk muka dia baru puas kot? Walaweii~ Ganasnya saya! Maybe kena bagi 'ceramah' kat dia baru puas kot.. ;D

Aku bukan marah,tapi menyampah ! haha.. Tapi sebab kawan kan,,aku sabar jela..

Apa dia buat?

Dia..

-mengutuk phone aku
-perli phone aku takde aplikasi mcm phone dia
-cakap politeknik aku tak premier susah dapat kerja,kos aku pon susah nak dapat kerja
-nanti kena bersaing dengan orang yang terror. Macam dia,study dengan orang tak terror bak kata dy,dia lah no.1
-tengok aku macam bodoh sangat tak check apa yang ada kat poli aku
-belajar swasta tapi under UTM. nanti dia konvo nak tunjuk2 konvo dia kat aku...
-dan lain2 (malas nak cerita lagi..)

komen aku?

-mengutuk phone aku
(orang baru nak guna phone mahal 'sikit' kan..takpe layan jela kan..)

-perli phone aku takde aplikasi mcm phone dia
(so what? yang penting boleh 'helo2' dengan orang..)

-cakap politeknik aku tak premier susah dapat kerja,kos aku pon susah nak dapat kerja
(kau lah orang pertama yang aku dengar poli bukan premier susah nak dapat kerja..Hello..Rezeki datang dari Allah..Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha,berdoa,bertawakkal je la ;))

-nanti kena bersaing dengan orang yang terror. Macam dia,study dengan orang tak terror bak kata dy,dia lah no.1
(sampai bila nak bersaing dengan orang yang tak terror (bak kata dy)? Bersaing dengan orang yang terror itu satu cabaran.Hidup perlu perubahan..No 1 ke 100 ke tak kesah lah yag penting niat nak belajar dan berjaya,dapat no. bape pon itu tak penting sangatlah aku rasa ==)

-tengok aku macam bodoh sangat tak check apa yang ada kat poli aku
(sebelum kau tanya,aku da check dah pasal poli aku kat internet..soalan kau aku tak dapat jawab sebab aku hanya mampu cari kat internet bukan pergi sana terus..kenapa aku tak pergi terus,tengok dulu tempatnya?aku rasa masa kau nak masuk kolej pon kau tak tengok sampai pergi sana kan..?)

-belajar swasta tapi under UTM. nanti dia konvo nak tunjuk2 konvo dia kat aku...
(haha..lawak..orang yang betul2 dapat U or IPTA pon tak berlagak cam kau.. ;D)



"Hai kawan.. Nasib baik lah kau jauh dari aku.. Aku ingat,kita dah lama tak jumpa,perangai kau dah berubah..Rupanya,, MASYAALLAH! Kalau tiba2 kau masuk politeknik 'bukan premier' aku tuh bak kata kau, "susah nak dapat kerja",haii tak sanggup aku mengadap muka kau lagi.. Sebab kau kawan, aku bersabar..Aku doa kau berjaya dalam pelajaran dan berjaya buang keberlagakkan kau tu..Aku tahu,setiap manusia pasti membuat kesalahan.."

(bermonolog bersendirian ><)

Konklusinya,
 kita manusia biasa,ada kesalahan.. Jadi,sebagai manusia yang berkawan dengan orang berlagak nih hanya mampu sabar.. Kalau rasa macam nak tumbuk dia,bagi jelah nasihat..

Harap taklah teringat pasal nih lagi..
^-^

3 ulasan:

AL AZRUL berkata...

just love your blog song.. You by singaporean singer..

Nurul Iman berkata...

sabar je ad kwn mcm tu....

Mimieesyeerro berkata...

err . org jeleskan awak je tu . buad tatau k :)