klik PTPTN saya =)

Isnin, 7 Disember 2015

Sudi Ke Nak Baca Blog Aku Lagi?


Hai my followers !

Jarang sangat-sangat dah aku nak log in blog ni. Banyak-banyak akaun laman sosial yang aku dah daftar, blog ni aku tak sampai hati nak hapuskan. Tak sampai hati nak sumbat blog ni ke dalam group 'laman sosial untuk dihapuskan' macam myspace,friendster & tagged yang aku dah berjaya hapuskan atau bahasa omputih kata 'delete account'. Mana tak nya, sebab blog ni la aku belajar cara nak gunakan photoshop dari blog-blog lain dan youtube. Sebab blog ni jugak la aku minat nak design-design blog. So, keep calm and stay.

Kali ni aku takde topik. Cuma terfikir. 

Ada ke yang sudi nak baca blog aku lagi? :)

Selasa, 12 Mei 2015

3D ART GALLERY, PORT DICKSON !



Boleh tahan blog aku berhabuk disebabkan dah setahun lebih aku tak sentuh blog ni. 
Sorry la uolls. Iolls busy sikit dengan sem akhir (praktikal). Nak settlekan report, slide, bla bla and bla. Bila nak present depan lecturer, kena lah datang Poli (Port Dickson). 

Dah alang-alang kat PD, aku dengan kawan-kawan aku pun gatalkan kaki nak merayap kat 3D ART GALLERY, Port Dickson. Pergi hari biasa, waktu malam, takde orang, bagaikan 3D ART kami yang punya. kihkih. Nak masuk kena lah tunjuk kad pengenalan. Then, kena lah bayar sorang RM 20 baru boleh masuk. 






















Untuk korang yang nak berjalan tapi tak tahu nak pergi mana, aku cadangkan pergi 3D ART GALLERY kat Lukut, Port Dickson. Area deretan kedai berdekatan dengan GIANT Lukut. Kalau da sampai lukut, nampak je GIANT, belok then cari lah kat deretan kedai kawasan situ. Dibuka pada 11 am-11 pm. 

bye :)

Ahad, 30 Mac 2014

FOLLOWER YANG DIKASIHI SEKALIAN ^-^



pa habaq semuanya? Harap sihat2 la ye.

Tujuan aku menulis blog ini adalah untuk memohon maaf kerana dah lama tak update. *ceh dah macam nak tulis surat pulak

Bukan sengaja aku tak nak update blog, tapi dah jarang menggunakan lappy kecuali nak buat assignment ke lab report ke.. Punca aku dah jarang online dari lappy ni sebab,,,,,, line macam siput.. arghh! *Dear celcom.. tolong lajukan line anda di kawasan Port Dickson.. Dulu aku pakai maxis pun line ciput jugak.. :(

Nak cite ni,, sekarang aku da sem 4 ! Nampak tak sebelum ni aku x update pasal diri aku masa sem 3.. scroll ke bawah, aku ada update pasai masa sem 2 dan result je.. ok nak dipendekkan cerita, masa sem 3 aku baik2 saja.. Gembira kerana pointer sangat sangat ok.. Alhamdulillah.. :)

Dan sikalang, aku sem 4.. mau cita sama lu olang,wa da nak final da ! OMG!! Doakan aku ye followers sekalian.. Sem depan sem last kat Politeknik Port Dickson.. then sem 6 we ollz budak2 dip.kejuruteraan awam akan LI.. wuwuwu~

Okay lah,korang pun dah tau aku jarang berblogging.. tapi aku rajin sikit berinstagram.
Sesiapa ada instagram tu kan... Follow mollow la kite.. ;)


ok cau cin cau :D

Jumaat, 31 Mei 2013

Waktu-Waktu Mustajab untuk Berdoa



Hari nih nak share apa yang aku baca dari buku (gambar di atas),. Tentang waktu waktu mustajab untuk berdoa.. :)

Jom baca ! :)

Waktu-waktu Mustajab

1. Akhir Malam

Separuh akhir tiap-tiap malam, adalah waktu yang sangat mustajab untuk berdoa, Rasulullah SAW tidak pernah melewatkan separuh akhir ini tanpa doa. Pada saat demikian ini biasanya baginda sedang tersungkur dalam sujud bermunajat. Terkandung beliau sambil menangis teresak-esak, tersedu-sedan dalam doanya. Kerana saat demikian itu menurut baginda, Allah turun ke langit dunia untuk menyahut doa dan permohonan hamba-hmaba-Nya.

2. Antara Azan dan Iqamat

Ketika bilal melaungkan azannya, dan beberapa saat sebelum kemudian bilal membaca iqamat untuk solat fardu, maka pada saat itulah yang mustajab doa. Sebab itu elakkan kebiasaan buruk yang sering berlaku seperti bercerita bersama kawan sendiri,dan bergurau senda. Sebaliknya, berdoalah kepada Allah atau bacalah zikir.

3. Ketika Sujud

Di dalam sujud anggota yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan dahi) semuanya menghadap Allah dalam satu arah. Posisi kepala lebih rendah dari letak lambung. Seolah-olah lebih rendahlah isi kepala itu kalau dibandingkan dengan saluran tempat keluarnya najis dan kotoran. Begitu hina dan rendah martabat manusia di hadapan Yang Maha Kuasa dan Keagungan Allah. Jika perasaan ini melahirkan harapan dan doa, maka harapan dan doanya akan dikabulkan Allah.

4. Selepas Solat Fardu

Selepas menunaikan solat fardu adalah saat saat mustajab untu berdoa.

5. Pada Hari Jumaat

Hari Jumaat adalah penghulu semua hari dalam seminggu. Sebagaimana keutamaan bulan Ramadhan atas sekalian bulan dalam setahun, atau keutamaan Rasulullah atas sekalian para Nabi dan Rasul.

6. Pada Hari Arafah

Hari Arafah pada 9 Zulhijjah tiap tiap tahun, ketika para perlaksana ibadah haji sedang berwukuf di Padang arafah sejak mulai tergelincir matahari hingga terbenam matahari. Ketika itu adalah saat yang sangat mustajab untuk berdoa.

7. Ketika Ayam Berkokok

Hadis dari sumber Abu Hurairah

Maksudnya:
"Apabila kamu mendengar ayam jantan berkokok, mohonlah kepada Allah akan kurnia-Nya sebab ayam itu melihat malaikat. Dan apabila kamu melihat kuda meringis maka berlindunglah kepada Allah, sebab kuda itu melihat syaitan."

8. Malam Qadar

Sepuluh hari terakhirdi bulan ramadhan  di malam-malam ganjil (21, 23, 25, 27 dan 29) adalah di antara malam-malam yang kemungkinan terjadi Lailatul Qadar. Malam itu sekalian malaikat turun menyampaikan salam kepada orang yang sedang rukuk, sujud dan berdoa. Mereka mengaminkan doa, dan meminta ampun hingga terbitnya fajar.

9. Ketika Hujan Turun

Hujan sebagai rahmat. Kerana dengan hujan itu bumi yang gersang tandus menjadi subut. Tumbuh- tumbuhan menghijau dan biji-bijian merekah membelah bumi. Malah dengan air hujan itu Allah menghidupkan semua makhluk melata di permukaan bumi ini.

10. Ketika Berada Dekat Orang Yang Sakaratul Maut

Keluarga dan jiran atau siapa saja yang kebetulan menyaksikan seorang saudaranya dalam keadaan nazak atau sakaratul maut, janganlah ada ucapan lain kecuali yang baik baik dan berdoa pula untuk kebaikan orang yang akan pergi dan kebaikan keluarga yang akan ditinggalkan. Bersangka baik kepada Allah,kerana semua doa ketika itu sangat mustajab dan diaminkan oleh para malaikat.
^-^