1. Puasa menyempitkan aliran makanan dan darah. Selalunya syaitan menggunakan aliran ini untuk menggoda manusia. Bila sudah sempit maka bisikan syaitan menjadi lemah.
2. Puasa dapat melemahkan nafsu, keinginan berbuat jahat, dan hasrat berbuat maksiat dan dosa. Ini dapat meyucikan semula roh supaya tidak lagi ternoda.
3. Puasa dapat mengingatkan kita kesusahan orang fakir miskin, orang-orang yang kelaparan dan orang yang memerlukan bantuan. Hal ini supaya kita dapat mengasihani, menolong dan menyayangi mereka. Selain itu, ia membentuk sifat kesyukuran dalam diri kerana kita tergolong dalam orang yang cukup makan dan minum.
4. Puasa dapat mendidik jiwa, menyucikan hati, memelihara pandangan dan menjaga anggota daripada perbuatan maksiat dan dosa.
5. Puasa merupakan satu-satunya ibadat antara hamba dengan Tuhannya. Hal ini termaktub dalam hadis Qudsi. Allah berfirman, "Setiap amal anak Adam untuk dirinya kecuali puasa. Puasa untukKu dan Aku sendiri yang membalasnya."
6. Puasa dapat mengeratkan silaturrahim sesama muslimin. Di mana kita berpuasa, berbuka pada waktu yang sama. Merasa lapar dan dahaga bersama . Dengan itu, ia dapat menyuburkan rasa cinta dan kasih sesama muslimin.
7. Puasa adalah penghapus segala dosa dan kesalahan selagi tidak melakukan dosa-dosa besar. Riwayat Muslim menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Dari Jumaat ke Jumaat yang lain, daripada umrah kepada umrah yang lain dan dari Ramadan ke Ramadan yang lain adalah penghapus dosa. Ini selagi dosa itu tidak termasuk dosa besar."
Isnin, 23 Julai 2012
Bila Ramadhan Menjelma ! Berpuasa Lah !=)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan