klik PTPTN saya =)

Jumaat, 22 Mac 2013

SPM Bukan Jalan Terakhir Untuk Berjaya


*Khas untuk pelajar lepasan SPM*

Hai adik adik yang comel,cantik dan handsome..!
 Macam mana keputusan kamu semua? Apa apa pun,'akak' sofa nak ucapkan tahniah untuk adik2 yang cemerlang dalam SPM tu.. Yang tak cemerlang? Korang bukan tak cemerlang tapi maybe ini bukan rezeki korang.. Korang sabar k.. Percaya ada hikmah disebalik apa yang korang dapat sekarang ini.. 

Tak boleh terima apa yang aku katakan ini? Ok macam ini lah,,bagi pendapat aku, SPM nih bukan jalan terakhir untuk korang berjaya..Perjalanan korang masih jauh..! Masih ada Diploma,Degree dan sebagainya.. Apa yang korang dapat tu (result) adalah hasil usaha korang sendiri..   Kalau usaha korang ada yang lebih dan tak patut dapat result macam tu,korang jangan sedih2.. Macam aku tulis tadi,maybe bukan rezeki korang untuk SPM..maybe rezeki korang ada bila korang dah sambung belajar..InsyaAllah.. Bak kata aku,'Nak sodapkan hati' korang think positive,think yang korang akan berjaya jugak even SPM korang tak capai apa yang korang target.. Bak kata orang,belajar mana mana tempat pun sama.. Nak berjaya perlu ada usaha dan jangan putus asa.. Tanamkan niat dihati korang yang korang boleh berjaya! Jadikan kegagalan masa SPM tu sebagai semangat untuk korang terus berusaha apabila sudah sambung belajar.Lagi satu,Seteruk mana result korang tu korang tetap boleh sambung belajar even tak dapat IPTA... Kalau nak sangat masuk IPTA, jangan mohon U je,mohon la politeknik ke dan apa2 yang under IPTA.. Jangan terlampau mengharapkan sesuatu takut takut tak dapat.. 

Bila dah dapat keputusan kat mana korang sambung belajar,dapat kos apa,contoh korang tak suka kos korang dapat tu.. Jangan cepat benci.. Mana tau kos yang korang tak suka tu akhirnya korang suka dan korang boleh berjaya! Mana tau itu rezeki yang Allah nak bagi.. Ini atas pengalaman aku.. Yup aku mula mula tak suka kos yang aku dapat iaitu DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM.. Sebab apa? Sebab aku memang tak suka KEJURUTERAAN.. aku suka bidang lain.. Bila aku dah masuk politeknik,aku memang moody sebab aku belajar kos yang aku tak suka.. Setiap hari family tanya aku ok ke tak kat poli,tanya pasal belajar.. Jawapan aku,TAK,, bila quiz,aku gagal,test markah rendah.. Da lama lama belajar kat situ,mula terdetik di hati sampai bila aku nak macam nih.. Ikut kepala je kalau tak suka terus tak nak belajar.. Maybe kos nih adalah pengubat luka aku.. Aku paksa diri aku untuk terima kos nih dan akhirnya pointer sem 1 aku ....... Alhamdulillah.. Dan sekarang aku sem 2,ada subjek yang aku pun tak suka,aku dah mula risau macam mana result sem 2 aku dengan menghadapi pelbagai masalah sepanjang sem 2.. Tapi insyaAllah aku boleh buat.. insyaAllah ada hikmah disebalik masalah2 yang melanda diri aku.. Aku dan kos Kejuruteraan Awam? Aku dah rasa selesa dan rasa biasa walaupun ada subjek yang susah.. Itu lumrah ketika belajar ada susah dan ada senang.. :)

Nasihat aku untuk korang adalah nasihat untuk diri sendiri jugak sebab aku pun baru sem 2 (dah nak final dah).. Perjalanan aku pun masih jauh lagi.. Aku berdoa dan berharap setiap sem aku boleh dapat 3 pointer ke atas.. Walaupun tak dapat anugerah ketua jabatan..heee~ Yang penting,aku nak sambung degree selepas diploma..*tak nak kahwin lagi* InsyaAllah..So,kena belajar bersungguh sungguh.. :D

^-^

4 ulasan:

nur nadzirah berkata...

gudluckkk . tinggal bape hari je lagiii . AKJ <-- impian :'((

Tanpa Nama berkata...

Its appearance is note-bookish and minimalistic having no front button.

The Black - Berry Playbook price has not yet been revealed but it is thought
that it could be up to £100 cheaper than the equivalent i - Pad model, which will
make it a very attractive proposition indeed once the Black - Berry
Playbook release date arrives. In standard version blackberry playbook there are no support for GPRS, EDGE and 3G.

LittLe GirL berkata...

terus yg dpt 3G in spm boleh masuk politeknik ke ??

Tanpa Nama berkata...

Salam..setuju sangat dgn statement awak. Actually memang study bukan satu2nye jalan untuk berjaya. Saya dulu student IPTA gak. Dah rasa la life as a student. Belajar kos yang saya x minat jugak. Serius stres. Saya redha dengan ketentuan Allah, tapi bagi saya x berdosa pun kalau saya usaha cari sesuatu yang lebih kena dengan jiwa, so that ilmu tu boleh kita apply sepenuh hati dan dapat beri manfaat pada orang bila dah kerja nanti. Tahniah pada awak sebab boleh cop dgn kos yg awak x minat. Satu je nasihat saya, kalau dah kerja nanti, janganlah paksa diri if awak rasa x boleh. Sebab kerja bukan demi wang semata, tapi lebih kepada nak beri manfaat pada orang. Duit memang perlu, tapi ade alternatif lain such as jadi usahawan. Dengan jadi usahawan, kita boleh create lebih banyak peluang kerja pada orang lain. Realiti zaman sekarang starting salary pun x cukup nak tampung kos sara hidup. Ramai orang takut nak jadi usahawan sebab xde ilmu, takut risiko. Sebab tulah kena belajar dgn orang yang buat bisnes dan ada pengalaman. If berminat nak tahu mesej or wasap la saya at 017-7346298. Terima kasih.