klik PTPTN saya =)

Khamis, 5 April 2012

Single Itu Lagi Best! ^_^





Entry nih khas untuk mereka yang nak single tanpa ada 'couple' lagi.. Apa yang best sangat takda couple atau dengan kata lain diri itu single tanpa pakwe/makwe nih..

Jom baca!
(*thanks google..u r awesome!* credit to: awanibiru)

1. Korang boleh bebas dan hidup berdikari!

Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.

2. Korang boleh jadi rakan yang baik!

Sememangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik

3. Korang ada lebih banyak masa berkualiti di rumah!

Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Korang boleh kaut keuntungan dengan 'part-time'!

Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Korang boleh jimat kos!

Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boleh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 special seperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab!

Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.

Siapa kata single tu tak best..? Best kan..? Untuk "pelajar sekolah",zaman sekarang,kebanyakan pelajar sekolah dah ada couple.. 

(*credit to myself*)

Antara kebaikan single nih untuk pelajar sekolah 

1.Korang boleh belajar dengan tenang! 
2.Korang lebih menghargai masa! Contohnya:masa korang ber'dating' dulu2 boleh digantikan dengan study berkumpulan..

3.Untuk perempuan,korang boleh jimatkan air mata korang daripada menangis sebab pakwe! Takde lah nak sakit mata lagi! ;) 
4.Korang lebih sabar! 
5.Korang tak gaduh!  Contohnya:bergaduh dengan org lain sebab 'couple' korang.. 
6.Korang boleh jimat duit dengan cara tak topup! 
7.Korang bebas 'hangout' dengan kawan! Contohnya:boleh buat aktiviti yang berfaedah bersama kawan.. 
8.Takde tempat luahkan perasaan? Kawan/family kan ada!Takde tempat nak ber'kasih sayang'? family kan ada!


So,fikir2 kan mana yang terbaik untuk diri kita..

^_^



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul3 :) sama la kite single~ muehee~

CikSofa ;) berkata...

yeay! ;)